Isnin, 20 Februari 2012

MB TERENGGANU BAKAL DIPENJARA TUDUH PAS PARTI AJARAN SESAT

Berikutan dari sikap menteri UMNO/BN yang suka tuduh dan cakap tidak mengunakan akal yang waras, menteri besar Terengganu, Ahmad Said bakal disiasat mengikut Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah (Takzir) (Terengganu) 2001 pada Seksyen 38 (1) dan Seksyen 51 enakmen sama. Pas tidak berputus asa apabila mengambil tindakan susulan dengan mengemukakan laporan kepada Jabatan Hal Ehwal Agama Terengganu (JHEAT) berhubung kenyataan Menteri Besar yang mendakwa parti itu sebagai Parti Ajaran Sesat. Ahli Jawatankuasa Pas Pusat, Datuk Abu Bakar Chik berkata, laporan tersebut dibuat bagi membolehkan kenyataan Ahmad yang disiarkan dalam sebuah akhbar tempatan pada 9 Februari. Laporan Polis juga telah dilakukan pada 14 Febuari lalu di Balai Polis Terengganu. “Dalam konteks ini, Datuk Seri Ahmad Said tertakluk kepada undang-undang ini dan kita puas hati serta yakin dia buat kesalahan di bawah undang-undang, sama ada kanun keseksaan (sivil) atau kesalahan jenayah syar’iyyah. “Saya juga percaya bahawa untuk memutus sama ada sesebuah pertubuhan atau orang perseorangan itu menyeleweng daripada ajaran Islam adalah hak dan tanggungjawab jabatan agama dan majlis fatwa. Saya dengan ini memohon agar pihak pejabat agama dapat menyiasat kenyataan tersebut di bawah Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah (Takzir) (Terengganu) 2001,” katanya.
ndividu yang melakukan kesalahan di bawah Seksyen 38 (1) dan apabila disabitkan boleh didenda melebihi RM5,000 atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi tiga tahun atau kedua-duanya. Bagi Seksyen 51 pula iaitu mana-mana orang yang dengan sengaja mengeluar atau menyebarkan kata-kata bertentangan dengan hukum syarak mungkin boleh memecahbelahkan keamanan di mana-mana tempat adalah melakukan kesalahan dan apabila disabitkan boleh didenda tidak melebihi RM3,000 atau penjara selama tempoh tidak melebihi dua tahun atau kedua-duanya.... sumber dari reallytigaline...

Tiada ulasan:

Catat Ulasan