Selasa, 6 Mac 2012

MELAYU MESTI BERUBAH, UMNO TIDAK BERGUNA LAGI.


Kejadian yg baru berlaku di Tangkak baru2 ini harus membuka mata org2 melayu betapa rasionalnya org2 cina dalam menilai sesuatu perkara antara yg hak dan yg batil. Begitu juga tentang perpaduan antara mereka begitu kukuh walaupun berbeza fahaman politik. 


Gambar diatas menunjukkan YB Er Teck Hua, Ahli Parlimen Bakri yg berjumpa dgn pihak polis di IPD Ledang sedang berbincang berkenaan kes yg berkaitan WALAUPUN bukan di kawasan yg diwakilinya menunjukkan keperihatinan beliau dlm memperjuangkan nasib bangsanya. Semasa menemubual dgn Ketua Pemuda MCA Ledang En. Eddie Toh kelmarin, beliau menjelaskan akan membuat sidang akhbar pada hari ini, dan dalam masa yg sama pihak MCA Ledang akan menyediakan barisan peguam utk keluarga mangsa bagi menuntut keadilan yg sewajarnya. 

SATU CONTOH DRP RIBUAN PERISTIWA


Masih ingat kes ini? Kematian beliau mengundang berbagai persoalan. Ahmad Sarbani adalah pegawai kerajaan, bukan ahli PAS atau ahli UMNO. Beliau adalah org MELAYU. Mana suara pemimpin UMNO yg berjuang utk bangsa Melayu? Tidak ada seorg pun pemimpin UMNO yg bangkit menuntut keadilan utk beliau. Semua berlepas tangan. Malah mengkritik dan memperkecilkan usaha pihak yg ingin menuntut keadilan utk beliau semata2 kerana pihak itu adalah dari pihak PARTI PEMBANGKANG. 

Inilah politik parti keramat yg telah menjadi celaka bagi org MELAYU. Selagi wujud UMNO di Malaysia, selagi itulah MELAYU tidak akan bersatu. UMNO lah punca perpecahan Melayu dan umat ISLAM. Org Melayu sudah tidak ada pilihan lagi. Menyokong UMNO bererti bersedia utk menjadikan MELAYU bangsa celaka bagi generasi akan datang. Berubahlah.... 
AYUH TOLAK UMNO PADA PRU13 INI.


TAKBIR...!!!



OLEH: AZHAR HJ ISMAIL ~ 7/03/2012 JAM 11.15AM






JOHOR TIANG SERI UMNO...?




Walaupun bunyi kenyataan yang Muhyiddin keluarkan tu macam dia yakin Johor takkan terlepas ke tangan Pakatan Rakyat PRU13 nanti tapi nampak macam jauh di sudut hati kecil dia rasa risau dengan nasib Umno BN di Johor. Kalau tengok rekod memang tak sepatutnya Umno BN risau langsung di Johor. 

Pasalnya, sebagai negeri kelahiran Umno, Umno memang cukup kuat di Johor. Bukan setakat Umno kuat di Johor, PAS dan PKR pulak langsung tak kuat. Biasa sangat dalam pilihanraya sebelum-sebelum ni calon PAS hilang deposit. Bagi calon PAS, kalau boleh dapat balik duit deposit pun dah boleh dikira berjaya. 

Tapi tu cerita dulu, cerita berpuluh tahun dulu, sekarang ni dah lain, keadaan dah banyak berubah terutamanya selepas PRU12 kekuatan PAS semakin meningkat di Johor. 

Bermula dengan sejarah PAS menang tanpa bertanding di Dun Senggarang pada PRU11 kemudian meningkat menjadi 2 di Dun Maharani dan Sungai Abong pada PRU12. Sejak PRU11 kalau tak salah aku, calon PAS dah tak lagi hilang wang deposit di Johor dan PAS semakin berkembang pesat di Johor. 

Pasal tu lah, Pesuruhjaya PAS Johor Dr. Mahfodz berani pujuk Salahuddin Ayub balik bertanding di Johor untuk PRU13 akan datang. Bukan setakat tu, Dr. Mahfodz siap berani sebut Salahuddin adalah bakal Menteri Besar Johor. Kalau tak nampak petunjuk yang meyakinkan takkan Dr. Mahfodz berani nak pujuk Salahuddin tinggalkan kerusi yang boleh dikira selamat untuk Salahuddin di Kelantan dan balik bertanding di Johor. Memang tak heran la kalau Muhyiddin Yasin pun rasa risau.



Sebagai Timbalan Presiden Umno dan berasal dari Johor, memang Muhyiddin Yasin patut risau. Kalau ditakdirkan Johor tumbang, memang malu besar Muhyiddin. Mana nak letak muka, Umno boleh kalah di negeri kelahiran Umno, negeri yang semua orang terima sebelum ni sebagai kubu kuat Umno.

Kalau bukan pasal takut kalah, apa perlu mesyuarat tertutup dengan Umno dan BN Johor. Kalau bukan pasal takut kalah, apa perlu Menteri Besar Johor, Ghani Othman berkampuna dua ke tiga hari di setiap kawasan parliman. 

Tiang seri pun, kalau dah dimakan anai-anai mana nak boleh tahan. Betul macam kayu kena makan anai-anai, kalau tengok dari luar mungkin nampak macam biasa tapi sebenarnya dah rompong di dalam. 

Dan kalau tiang seri pun tumbang dah tentu sebiji rumah akan tumbang sama. "Segala pertempuran ditangguhkan sehingga selepas pilihanraya".



Sumber: http://cenangau.blogspot.com/2012/03/muhyiddin-dan-ghani-othman-risau-johor.html#ixzz1oLKyWwuG...










Ahad, 4 Mac 2012

30 DALIL MENGAPA ORANG MELAYU MESTI TOLAK UMNO.





30 dalil Umno mengkhianati Melayu..

Posted by madie at Jumaat, Oktober 21, 2011

1. Siapakah yang menukar wang Royalti kepada wang Ehsan pada tahun 2000 apabila PAS berjaya merampas negeri Terengganu dari tangan BN dalam PRU 1999?

2. Siapakah yang menghalang kerajaan kedua-dua negeri bermajoriti 95%Melayu menikmati hasil royalti Petronas, sedangkan negeri seperti Sabah dan Sarawak tidak dikenakan tindakan sama?

3. Siapakah yang menghalau peneroka bandar Melayu di Kg Berembang, Kg Plentong, Kg Chubadak dan Kg Malaysia Tambahan?

4. Siapakah yang menghalau Melayu Pulau Pinang dengan helah pembangunan hingga mereka merempat ke Seberang Jaya dan Kedah Selatan?

5. Siapakah yang menggadai Tanah Rezab Melayu hampir 50% dari 3 juta hektar pada 1948 kepada 1.6 juta hektar pada 1997?

6. Siapakah yang membunuh orang Melayu kerana perbezaan fahaman politik di Kg Memali, Lubuk Merbau dan Hutan Aji?
7. Siapakah yang membolot saham AP untuk menantu dan kroni, sedang ia adalah hak setiap rakyat dibawah dasar DEB?

8. Siapa yang melingkupkan dasar DEB hingga milikan ekuiti Melayu tersekat kepada 18% pada 2000.

9. Siapakah pula yang memansuhkan DEB, dan diganti dengan dasar Liberisasi dan Model Ekonomi Baru yang mesra kapitalis dan anti subsidi?

10. Siapa yang menyelewengkan dana untuk orang-orang Melayu yang miskin dalam program PPRT?

11. Siapa yang mengkhianat wasiat Raja-raja Melayu menjelang kemerdekaan supaya tidak diserah bukit, gunung dan pulau kepada bukan Melayu?

12. Siapa yang mencipta Krisis Perlembagaan pada tahun1982 yang menyebabkan kuasa Yang DiPertuan Agung terhakis dan hanya sekadar menjadi rubber stamp di Parlimen?

13. Siapa pula yang melucutkan kekebalan Raja-raja Melayu pada awal tahun 1990-an dahulu?

14. Siapa yang menggelarkan rajanya 'MENATANG' bila namanya ditolak sebagai Menteri Besar Terengganu selepas PRU12 yang lalu?

15. Siapakah yang mengubah sempadan kawasan undi majoriti Melayu bila Melayu sendiri menolak Umno dalam PRU 1999?

16. Siapa yang melanggar peruntukan Perlembagaan mengenai hak-hak keistimewaan Melayu untuk mendapatkan biasiswa?

17. Siapa yang menukar biasiswa kepada pinjaman dengan kadar 4% setahun?

18. Siapa yang mencemar bahasa Melayu dengan istilah-istilah "infotainment", "boulevard", "presint", "bajet" dan lain-lain?

19. Siapa yang menukar bahasa pengantar dari bahasa Melayu kepada bahasa Inggeris dalam pembelajaran Sains dan Matematik pada ketika jurang pendapatan bandar-luar bandar semakin melebar?

20. Siapa yang mencadangkan syarat wajib lulus Bahasa Inggeris untuk SPM dan bahasa pengantar Inggeris di semua universiti di Malaysia?

21. Siapa yang jual air kepada negara jiran dengan harga 3 sen 1000 liter, dan jual balik kepada rakyatnya sendiri dengan harga 80 sen 1000 liter?

22. Siapa yang serah blok minyak milik negara kepada negara Brunei tanpa persetujuan DUN, Parlimen atau YDPA?

23. Siapa yang cuai menjaga tanahair sendiri hingga Pulau Batu Putih dan Singapura terlepas ke negara orang?

24. Siapa yang menghapuskan subjek tulisan jawi dari diajar di sekolah-sekolah?

25. Siapa yang kata Sekolah Agama Rakyat (SAR) tempat melahir militan dan ekstrimist?

26. Atas alasan itu, siapa yang menghentikan geran perkapita kepada SAR hingga menyebabkan sebahagian institusi pendidikan agama hidup segan, mati tak mahu?

27. Siapa yang mencadangkan pelan pembangunan Kg Baru Kuala Lumpur hingga membuka milikan kepada 40% bukan Melayu?

28. Siapa yang kekang akta-akta maklumat, mesin cetak, Auku dan pelbagai akta lain supaya orang Melayu senang diperbodohkan?

29. Siapa yang naikkan harga petrol, diesel dan barangan asas kepada ketika Melayu adalah golongan majoriti yang miskin di negara ini?

30. Siapakah pula yang memperbodohkan dirinya konon mengaku Melayu sedang nama Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu (PEKEMBAR) dibuang dan diguna bahasa penjajah UNITED MALAYS NATIONAL ORGANISATION (UMNO)...

cdt to Al- Binory.....





Jumaat, 2 Mac 2012

ADAKAH MCA PEMEGANG 'LESEN HINA HUDUD'?



Presiden MCA, Chua Soi Lek hampir setiap hari akan hina Islam dan kutuk PAS. Serangannya bertali arus dan bertubi2. Yang terbaru, beliau hina hudud dan Islam dalam debatnya dengan Lim Guan Eng tempohari. Semua hero2 UMNO nampaknya gagal memberi teguran kpd Chua Soi Lek. Mungkin mereka takut utk mnghadapi 'wira Cina' ini ataupun mereka telah ketandusan idea bagaimana hendak 'kontrol' Chua Soi Lek ini.



Mana suara pelbagai NGO Melayu yg selalu yg kununnya memperjuangkan maruah Islam dan Melayu? Mengapa mereka diam membisu? Adakah mereka hanya menyalak apabila diarah oleh tuan mereka ataupun tiada 'tulang' sebagai imbuhan maka mereka senyap? Ataupun mereka ini telah buncit kekenyangan disuap oleh tuan mereka masing2? Soalan yg patut ditanya oleh orang Melayu ialah siapakah pemberi 'lesen' ini sehingga Chua Soi Lek ini begitu berani menghina Islam dan hukum hudud?



Tidak lain tidak bukan tentunya pemberi lesen ini ialah parti yg amat berkuasa di Malaysia dan yg tamakkan kuasa sehingga sanggup menggadaikan maruah bangsa dan agama mereka sendiri. Sudah tiba masanya utk orang Melayu mengundi PAS supaya PAS dapat membatalkan 'lesen' ini dan seterusnya mengembalikan maruah bangsa Melayu serta sekaligus menaikkan semula imej Islam di Malaysia ini.




TAKBIR...!!!

sumber diambil drp Selena Tay, harakah 24-26 februari 2012