Jumaat, 2 Mac 2012

ADAKAH MCA PEMEGANG 'LESEN HINA HUDUD'?



Presiden MCA, Chua Soi Lek hampir setiap hari akan hina Islam dan kutuk PAS. Serangannya bertali arus dan bertubi2. Yang terbaru, beliau hina hudud dan Islam dalam debatnya dengan Lim Guan Eng tempohari. Semua hero2 UMNO nampaknya gagal memberi teguran kpd Chua Soi Lek. Mungkin mereka takut utk mnghadapi 'wira Cina' ini ataupun mereka telah ketandusan idea bagaimana hendak 'kontrol' Chua Soi Lek ini.



Mana suara pelbagai NGO Melayu yg selalu yg kununnya memperjuangkan maruah Islam dan Melayu? Mengapa mereka diam membisu? Adakah mereka hanya menyalak apabila diarah oleh tuan mereka ataupun tiada 'tulang' sebagai imbuhan maka mereka senyap? Ataupun mereka ini telah buncit kekenyangan disuap oleh tuan mereka masing2? Soalan yg patut ditanya oleh orang Melayu ialah siapakah pemberi 'lesen' ini sehingga Chua Soi Lek ini begitu berani menghina Islam dan hukum hudud?



Tidak lain tidak bukan tentunya pemberi lesen ini ialah parti yg amat berkuasa di Malaysia dan yg tamakkan kuasa sehingga sanggup menggadaikan maruah bangsa dan agama mereka sendiri. Sudah tiba masanya utk orang Melayu mengundi PAS supaya PAS dapat membatalkan 'lesen' ini dan seterusnya mengembalikan maruah bangsa Melayu serta sekaligus menaikkan semula imej Islam di Malaysia ini.




TAKBIR...!!!

sumber diambil drp Selena Tay, harakah 24-26 februari 2012















Tiada ulasan:

Catat Ulasan