Selasa, 31 Julai 2012

FITNAH JIJIK DARI PENCACAI UMNO LEDANG

ASSALAMUALAIKUM...

UMNO FITNAH DAN SEX tidak boleh dipisahkan, umpama kentut dan taik. Baru-baru ini pada 13.07.2012 dilaman facebook, satu fitnah yg begitu mengaibkan aku telah dilakukan oleh seorang pencacai UMNO yang bangkrap idea melalui sebuah laman blog tanpa nama. Link 'tuakutuk.wordpress.com' juga sudah tidak wujud lagi. Namun disini aku sempat merakam beberapa keratan daripada fitnah itu. Nilaikan...


lu pikir laa sendiri beb...




rakan facebook aku juga dilibatkan... hahaha, sori bro..



anak kecil aku yang tak tau apa-apa pun turut dilibatkan sama...



kemuncaknya, dilibatkan juga gambar anak perempuan aku yang menyebabkan dia menangis dan malu untuk kesekolah, juga mengalami trauma dan mengambil masa untuk pulih seperti sediakala akibat dari gambarnya yang tersebar dilaman facebook itu turut dilihat oleh rakan2nya...


Laporan polis telah dibuat pada 16.07.2012 yg lepas, dimana dua hari selepas itu aku dimaklumkan kes ini akan disiasat dibawah akta 509 oleh Inspektor Zainuddin (itupun sebab aku telefon) dan akan dirujuk dahulu kepada Suruhanjaya Komunikasi Dan Multimedia. Beliau juga turut memberitahu akan menghubungi aku  untuk memaklumkan hasil siasatan, namun hingga ke hari ini masih belum ada apa-apa perkembangan daripada beliau.

Aku yakin kecekapan pihak POLIS DIRAJA MALAYSIA menjalankan tugas dan dipadukan lagi dengan temanya yang hebat iaitu TEGAS, ADIL DAN BERHEMAH akan menjadi harapan yang tinggi bagi aku, keluarga, rakan-rakan dan seluruh rakyat marhaen di MALAYSIA amnya, agar kes ini akan diselesaikan dengan kadar yang segara adil dan saksama.... AMIN YA ROBB AL'ALAMIN.


 by: Azhar Hj. Ismail
      8.35am
      01 Ogos 2012












PERJUANGAN MEMARTABATKAN ISLAM UMNO HANYA RETORIK



ASSALAMUALAIKUM, 

Baru-baru ini Pemuda UMNO Bahagian Ledang telah membuat laporan polis berkenaan karikatur yang khabarnya menghina sahabat nabi sila rujuk link https://www.facebook.com/photo.php?fbid=418035664900089&set=at.182650735105251.38171.100000809760376.100000866482683&type=1&theater. TAHNIAH DAN SYABAS DIUCAPKAN SEBAGAI PENGHARGAAN DIATAS USAHA MURNI MEREKA.



Jika korang masih ingat, sebuah akhbar pengampu UMNO pada 15hb Jun 2011 pada halaman 15, sebuah sketsa karikatur yang dilukis oleh MIKO, melakukan perkara sama yang begitu menghiris dan mengundang rasa tidak puas hati umat ISLAM termasuklah PERSATUAN ULAMA MALAYSIA (PUM).


   

Dewan Pemuda PAS Negeri Melaka turut membidas dan mahu akhbar tersebut meminta maaf kepada umat ISLAM di Malaysia. 
Dimana PEMUDA UMNO LEDANG, malah PEMUDA UMNO JOHOR dan PEMUDA UMNO MALAYSIA pada waktu itu?


Jadi, aku anggap laporan polis yang dibuat oleh PEMUDA UMNO BAHAGIAN LEDANG ini hanyalah retorik, kosmetik dan lakonan semata-mata. Memang telah menjadi amalan UMNO yang hanya mengambil hukum ISLAM itu sebahagian sahaja daripadanya dan menolak sebahagian yang lain. ALLAH telah memberi peringatan kepada manusia dan kumpulan mereka didalam Al Quran surah Al Baqarah ayat 85:

Kemudian kamu ini (wahai Bani Israel, kamu berbunuh-bunuhan sesama sendiri dan kamu usir satu puak dari kaum kamu keluar dari kampungnya, kamu pula saling bantu membantu (dengan orang lain) untuk menentang mereka dengan melakukan dosa dan penganiyaan, padahal kalau mereka datang kepada kamu sebagai orang tawanan, kamu tebus mereka; sedang perbuatan mengusir mereka diharamkan juga keatas kamu. Sesudah itu maka patutkah kamu hanya percaya kepada sebahagian (dari isi) Kitab Taurat dan mengingkari akan sebahagian yang lain? Maka tiadalah balasan bagi orang yang berbuat demikian itu dari antara kamu, selain dari kehinaan ketika hidup di dunia dan pada hari kiamat akan ditolak kedalam azab siksa yang amat berat dan (ingatlah), Allah tidak sekali-kali lalaiakan apa yang kamu lakukan.




by Azhar Hj Ismail 
6.30am 
1 Ogos 2012