Selasa, 31 Julai 2012

PERJUANGAN MEMARTABATKAN ISLAM UMNO HANYA RETORIK



ASSALAMUALAIKUM, 

Baru-baru ini Pemuda UMNO Bahagian Ledang telah membuat laporan polis berkenaan karikatur yang khabarnya menghina sahabat nabi sila rujuk link https://www.facebook.com/photo.php?fbid=418035664900089&set=at.182650735105251.38171.100000809760376.100000866482683&type=1&theater. TAHNIAH DAN SYABAS DIUCAPKAN SEBAGAI PENGHARGAAN DIATAS USAHA MURNI MEREKA.



Jika korang masih ingat, sebuah akhbar pengampu UMNO pada 15hb Jun 2011 pada halaman 15, sebuah sketsa karikatur yang dilukis oleh MIKO, melakukan perkara sama yang begitu menghiris dan mengundang rasa tidak puas hati umat ISLAM termasuklah PERSATUAN ULAMA MALAYSIA (PUM).


   

Dewan Pemuda PAS Negeri Melaka turut membidas dan mahu akhbar tersebut meminta maaf kepada umat ISLAM di Malaysia. 
Dimana PEMUDA UMNO LEDANG, malah PEMUDA UMNO JOHOR dan PEMUDA UMNO MALAYSIA pada waktu itu?


Jadi, aku anggap laporan polis yang dibuat oleh PEMUDA UMNO BAHAGIAN LEDANG ini hanyalah retorik, kosmetik dan lakonan semata-mata. Memang telah menjadi amalan UMNO yang hanya mengambil hukum ISLAM itu sebahagian sahaja daripadanya dan menolak sebahagian yang lain. ALLAH telah memberi peringatan kepada manusia dan kumpulan mereka didalam Al Quran surah Al Baqarah ayat 85:

Kemudian kamu ini (wahai Bani Israel, kamu berbunuh-bunuhan sesama sendiri dan kamu usir satu puak dari kaum kamu keluar dari kampungnya, kamu pula saling bantu membantu (dengan orang lain) untuk menentang mereka dengan melakukan dosa dan penganiyaan, padahal kalau mereka datang kepada kamu sebagai orang tawanan, kamu tebus mereka; sedang perbuatan mengusir mereka diharamkan juga keatas kamu. Sesudah itu maka patutkah kamu hanya percaya kepada sebahagian (dari isi) Kitab Taurat dan mengingkari akan sebahagian yang lain? Maka tiadalah balasan bagi orang yang berbuat demikian itu dari antara kamu, selain dari kehinaan ketika hidup di dunia dan pada hari kiamat akan ditolak kedalam azab siksa yang amat berat dan (ingatlah), Allah tidak sekali-kali lalaiakan apa yang kamu lakukan.




by Azhar Hj Ismail 
6.30am 
1 Ogos 2012










Tiada ulasan:

Catat Ulasan